INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN


Maizatul Munira Mohd. Zabidi

Maizatul Munira Mohd. Zabidi

Ini teks pidato yang pertama saya karang untuk pelajar. Alhamdulillah! Pidato ini telah berkumandang dalam dewan Akademi Audit Negara dan pelajar saya (Maizatul Munira Mohd. Zabidi-gambar di atas) berjaya menjadi JOHAN peringkat negeri, mewakili negeri Sembilan. Perjuangan diteruskan di Putrajaya; Peringkat Kebangsaan. Tapi, tak ada rezeki. Tahun depan cuba lagi.

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA!

Terima kasih saudara/i pengacara majlis, kombinasi kehakiman yang berpaksikan keadilan pastinya, penjaga masa yang setia, para deligasi kehormat, kerabat seangkatan yang petah berhujah, serta sidang dewan yang saya muliakan…. Assalamualaikum WBK, Salam Integriti!

Tegak rumah kerana tiangnya, tegak bumi kerana paksinya, tegaknya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Integriti Asas Kecemerlangan. Namun, sebelum lidah menutur kata, sebelum hujah menyusul bicara, biarlah saya definisikan dahulu 3 rangkai kata tajuk pidato ini.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Integriti bermaksud kejujuran @ keadaan yang sempurna. Asas pula membawa maksud sesuatu yang menjadi sandaran kepada sesuatu yang lain. Manakala, Kecemerlangan pula, bermaksud keindahan @ kegemilangan. Dalam konteks pidato saya, Integriti Asas Kecemerlangan secara tuntasnya bermaksud “kejujuran (yakni tanpa gejala rasuah) negara akan mencapai kegemilangan dalam bidang politik, pentadbiran, sosio-budaya dan ekonomi.

Pelajar dan Guru Pengiring

Pidato BPR Kebangsaan 08

Pidato BPR Kebangsaan 08

 Hujah saya yang pertama! <INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN POLITIK>

Sidang dewan yang berkarisma, tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata! Tetapi sejarah juga telah membuktikan bahawa banyak pemimpin dan negara di dunia ini yang jatuh kerana korupsi. Siapa tidak kenal dengan Suharto, Alberto Fujimori dan Ferdinand Marcos? Kerajaan Abbasyiah, Umaiyah dan Mamluk juga tumbang dek rasuah. Tegasnya, integriti dalam politik maksudnya tiada amalan rasuah, tiada penyelewengan, tiada salah guna kuasa dan tiada karenah birokrasi. 

Sidang dewan!

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi di mana pemimpin dipilih oleh rakyat. Hatta, cabaran terbesar seorang pemimpin ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Rakyat mahukan gelanggang politik yang bersih, bersifat amanah, telus, bertanggungjawab dan benar-benar berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan negara. Dengan kata lain, biarlah istilah “Yang Berhormat” menjadi “Yang Berkhidmat”. Contohilah Perdana Menteri kita yang pernah berkata “bekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya” Itulah dia, pemimpin bervisi, rakyat beraspirasi!

Hujah saya yang kedua! <INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN PENTADBIRAN NEGARA>

Sidang dewan yang intelek, Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara-negara Membangun. Ini kerana, jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik menjadi tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara. Pentadbiran  sektor awam misalnya, merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan merealisasikan kesejahteraan hidup rakyat. Kerjasama dan koordinasi yang jujur antara pemimpin dan jentera pentadbiran akan meningkatkan dinamika dan kekuatan negara. Pendek kata, dengan ketiadaan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan karenah birokrasi, InsyAllah! Negara kita mampu mencapai kecemerlangan dalam politik dan berkerajaan!

Budi bahasa budaya kita…

dendangan datuk Siti Nurhaliza…

waima tak sesedap suara empunya…

mesej dibawa tiada berbeza…

Hujah saya yang ketiga! <INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN SOSIO BUDAYA>

Sidang dewan yang budiman, mesej yang disampaikan dalam lagu budi ini merupakan satu indikator bahawa negara kita sememangnya kaya dengan keindahan dari segi sosio-budaya. Namun, amalan rasuah yang sekian lama berakar umbi dalam masyarakat telah mencacatkan keindahan ini. Ibarat nila setitik yang merosakkan susu sebelanga! Sosio-budaya merangkumi pendidikan, media massa, sastera dan juga warisan. Institusi pendidikan misalnya, dapat melahirkan ‘modal insan’ yang gemilang dan terbilang melalui penerapan dan pemantapan nilai-nilai murni, nilai-nilai moral dan etika dalam setiap individu pelajar.

Dalam institusi media pula, integriti dapat memulangkan hak rakyat dalam menerima dan memberi maklumat secara bebas, kendatipun menyentuh soal-soal politik. Bak kata Perdana Menteri dalam satu temubual media “saya lebih bersedia melihat perbalahan hangat meletus di muka akhbar, daripada rusuhan membara di muka bumi”. Dipendekkan cerita, integriti dalam sosio-budaya mampu meningkatkan karisma dan daya saing negara di persada dunia.

Hujah saya yang ke-4 dan terakhir… <INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN EKONOMI>

Sidang dewan yang produktif. Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Ini ditandai dengan kemunculan banyak syarikat korporat, perusahaan kecil dan sederhana yang pastinya memainkan peranan penting kepada kemajuan negara dan rakyat. Bribery Payers Index 2002 menunjukkan pemberian rasuah oleh syarikat-syarikat multinasional masih berleluasa. Jenayah ini turut mendalangi kebejatan ekonomi negara kita.

Pelan Integriti Nasional, dalam TEKAD 2008 telah mensasarkan usaha untuk meningkatkan urus korporat dan etika perniagaan. Kemenjadian usaha berkenaan ditandai dengan penyusutan kes-kes penipuan korporat dan peningkatan tender2 yang dilakukan secara telus. Ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan projek-projek mega yang akhirnya sekadar menjadi ‘gajah putih’, ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’.

Sayugia, dengan terheretnya ‘jerung2’ dan ‘ikan2 bilis’ yang terjebak dalam dakwaan rasuah, belum cukup untuk menghapuskan gejala ini. Oleh itu, kita memerlukan satu mekanisme lain iaitu melalui penerapan dan pemantapan integriti. Namun, usaha untuk meningkatkan integriti memerlukan sinergi pelbagai komponen dan sektor. Tidak dilupakan iltizam pemimpin dan dedikasi rakyat. Sememangnya, integriti asas kecemerlangan politik, pentadbiran, sosiobudaya dan ekonomi.

Sebelum saya mengundurkan diri, marilah sama2 kita renung2kan kata2 mantan PM kita, Tun Dr. M: “…kita tolak semua yang berbau rasuah, kerana bangsa kita akan hancur dan kita semua akan terus jatuh ke lembah kehinaan, daif dan tidak bermaruah”.

Pohon pulasan tepian titi,

Mekar seri bunga kiambang,

Pupuklah diri sifat integriti,

Masyarakat cemerlang negara terbilang!

Sekian, WTSLM…. Mohon permisi!

21 Responses to “INTEGRITI ASAS KECEMERLANGAN”

  1. menabjukkan dan btl-btl minda kelas pertama

  2. hello..salam sejeterah dan salam kenal.(Dari Facebook )
    buat saudari.

    saya sangat tertarik dngan huraian debat ini:

    Sidang dewan yang produktif. Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Ini ditandai dengan kemunculan banyak syarikat korporat, perusahaan kecil dan sederhana yang pastinya memainkan peranan penting kepada kemajuan negara dan rakyat. Bribery Payers Index 2002 menunjukkan pemberian rasuah oleh syarikat-syarikat multinasional masih berleluasa. Jenayah ini turut mendalangi kebejatan ekonomi negara kita.

    Terima kasih..

    1.muda-muda sekarang sibuk mencari pekerjaan di ibukota tapi
    disebaliknya sering akan berlaku gejalah2 mat rempit,bosiah dan penagihan Dadah.

    2.lebih mengutamakan pekerja asing daripada rakyat malaysia.

    3.RASUAH

    4.PERKAUMAN

    5.PENJENAYAH

    bagaimana cara kita untuk mengatasi semua ini.
    bagaimana cara kita untuk menegakan keadilan
    bagaimana cara kita untuk mengkaji supaya gejalah ini tdk akn berulang.

    mengatasi-menegakan-mengkaji

    • saudara fredo,
      begini pendapat saya, untuk soalan pertama; tidak semua muda-mudi yg mencari kerja di ibu kota terjebak dalam gejala sosial…tapi memang tidak dinafikan ada segelintir yg berakhir begitu…jadi ianya terpulang pada pemuda dan pemudi masa kini bagaimana mahu mengelakkan perkara ini dari berlaku…antaranya, jangan tersalah pilih kawan (kalau kita bersendirian, kawan lah yg membawa pengaruh besar, kalau kawan kita baik…maka, baik juga jadinya kita ni)…kedua, mestilah tetapkan pegangan agama dan moral…semua agama di dunia menyeru pada kebaikan…so, jika kita berpegang pada agama, InsyAllah…tercampak di mana2 pun kita tetap sama)…

      soalan kedua:
      saya rasa tidak berlaku situasi sebegini di negara kita…yang saya tahu masyarakat kini suka memilih milih pekerjaan…ada yang suka duduk bawah aircond dan ada juga yg hanya mahu bekerja dalam bidang yg mungkin dipelajari di sekolah/kolej/universiti sahaja. Mereka tidak mahu mengambil peluang2 lain yg ada di depan mata. Selain itu, negara kita juga memerlukan kepakaran asing dlm sesetengah bidang yg mungkin jarang ada dlm negara kita so, kita terpaksa mengimport tenaga asing…Tak banyak bidang yg diceburi pekerja asing ni…banyak lagi kerja di luar sana yg memerlukan tenaga kerja tempatan…

      Rasuah, racisme dan jenayah ada di mana2…mana ada negara di dunia yg bebas rasuah, perkauman dan jenayah…selagi ada manusia yg tamak, haloba, sombong, jahat dan tidak berpandukan agama…selagi itu lah, perkara seumpamanya terus bermaharajalela…

      sekian pendapat saya….:)

  3. TAHNIAH Zue.karangan awak menang peringkat negeri.Teks pidato awak nie mmg bagus sgt2.Betul2 membuka minda.

  4. Thanks Saffa ;)

  5. salam !
    pn.zue teks pidato ini sungguh hebat !
    ayat2 nya sungguh gramatis !
    bleh saya pakai teks ni utk
    pertandingan dkt skolah saya nnt ?

  6. Ruzain: Boleh jer…inilah tujuan saya, nak berkongsi ilmu :-)
    Apapun, en. Ruzain modify lah ayat2nyer ye…thanks 4 the compliment ;-)

  7. assalamualaikum puan zue
    Masya Allah,great

    isi dan lontaran idea serta gaya bahasa yang sangat indah..

  8. salam pn. zue.. bagus teks pidato nie… tp boleh saya tahu.. pelajar puan ni bertanding d pertandingan pidato BPR 2008 peringkat kebangsaan ke? puan ada tak video pertandingan ni??

  9. Wsalam…ada amik video hari tu ttp dah tak tahu simpan kat mana :)

  10. Assalamualaikum cikgu zue..
    saya nak mintak tolong sesangat..
    8/03/2012 ini saya ada pertandingan pidato..
    tapi just wakil sekolah lah..
    Masalahnya skang ialah saya tak ada teksnya boleh tak cikgu tolong wat kan teksnya..
    Cikgu pilihlah antara tajuk-tajuk ini..yg mana cikgu rasa senang nak wat boley x?
    Kalau boleh ini tajuk-tajuknya:
    1.Didiplin teras kejayaan akademik pelajar
    2.Adat dan budaya masyarakat Malaysia sama sama dijunjung
    3.pemupukan perpaduan nasional bermula dari sekolah
    5.kebanjiran tenaga kerja asing :kesannya kepada negara

    Saya harap sesangat cikgu zue dpt bantu saya dlm masa terdekat ini..
    Saya betul2 perlukan teksnya…
    Ambillah masa saya tidak kisah
    Janji siap sebelom 4/03/2012……
    Saya harap sesangat cikgu dpt buatkan teksnya…
    Kalau Cikgu Zue tak keberatan nak wat tolong emailkan teksnya ke emel saya yang ini yer…:) (cuteapple9648@yahoo.com)
    Terima kasih

  11. ummu husna insyirah…wa alaikumsalam…
    Minta maaf yer.
    Saya agak sibuk kebelakangan ini.
    Tak dapat nak tolong.
    Macam mana pertandingan? menang ke? :)

  12. tahniah …..say moh dzulain from sabah saya tertarik ngn kamu pumya teks pidato

  13. salam…nak mintak izin copy lagi ya cikgu, bolehhh….?mekaseh banyak2 cikgu

  14. Florina J Says:

    selamat sejahtera :) sy Florina Jiun dr IPG KT Sabah.. mohon kebenaran jdkan teks pidato ni sbgai rujukan.. terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: